awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini

Bernama
Bernama
16/08/2024
05:00 MYT
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. - Gambar fail/ Shahir Omar/ Astro AWANI
JELEBU: Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laporan itu akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Ia adalah laporan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan akan dimuat naik dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan secara rasmi pada 3 petang nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) Seremban di Terminal Bas Kuala Klawang di sini hari ini.
Laporan awal kemalangan pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT telah dikeluarkan pada 15 Sept tahun lepas.
Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan, serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#pesawat terhempas
#Bandar Elmina
#laporan akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan