awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda

Bernama
Bernama
30/10/2018
00:48 MYT
Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda
Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh memberitahu Dewan Rakyat, beberapa agensi kerajaan dan Bank Negara turut 'dilumpuhkan' berikutan isu 1MDB sebelum ini. - Gambar hiasan
Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, Dewan Rakyat dimaklumkan.
Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada Isnin.
"Isu 1MDB begitu serius bukan sekadar PAC yang lepas gagal buka semula penyiasatan selepas tindakan DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).
"Laporan Ketua Audit diklasifisikasikan rahsia rasmi di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi) malah berlaku salah guna kuasa yang mana Laporan Ketua Audit Negara yang asal dipinda dengan arahan oleh sesetengah pihak," dakwa beliau.
Wong turut mendedahkan beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut 'dilumpuhkan' berikutan isu berkenaan sebelum ini.
"Kita nampak bagaimana agensi-agensi itu telah hilang integriti dan keyakinan rakyat dengan setiap kali menyatakan tidak ada kes terhadap mana-mana (pihak) dan tidak ada apa-apa salah laku.
"Mujur...berlaku pertukaran kerajaan pada 9 Mei lepas, baru kesemua ini boleh ditunjukkan kepada rakyat apa telah terjadi," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#agensi kerajaan
#Amerika Syarikat
#Dewan Rakyat
#integriti
#jabatan keadilan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#kerajaan
#klasifisikasi
#Laporan Audit Negara
#PAC
#Parlimen
#pinda
#rahsia rasmi
#siasatan
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan