awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan dakwaan anggota polis berhibur diserah kepada Bukit Aman

Bernama
Bernama
09/10/2017
11:16 MYT
Laporan dakwaan anggota polis berhibur diserah kepada Bukit Aman
Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan tatatertib bagi kes terbabit dan tindakan susulan akan menyusul dalam tempoh terdekat.
Polis Johor sudah menyerahkan laporan kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut terhadap tujuh anggota polis termasuk seorang pegawai kanan yang didakwa berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar seperti ditular dalam media sosial.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan tatatertib bagi kes terbabit dan tindakan susulan akan menyusul dalam tempoh terdekat.
"Itu adalah kenyataan (dakwaan berhibur) dalam video (yang tular) tetapi biar kami siasat dulu sama ada benar atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pihak hospital dan pesakit di Wad Bersalin, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor Datin Radziah Zakaria.
Mohd Khalil berkata pihaknya sudah mengambil tindakan awal dengan menukarkan kesemua yang terbabit ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Johor sementara menunggu tindakan susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Bukit Aman
#hiburan
#Mohd Khalil Kader Mohd
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan