KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap Caprice.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel, pada pagi Rabu.
Keterangan mereka diambil berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.
"Memandangkan mereka masih lagi berada di luar negara, polis menghantar soalan-soalan kepada mereka pada 29 Ogos lalu dan menerima jawapan daripada kedua-dua individu itu, semalam.
"Buat masa ini, kita masih melengkapkan siasatan dan dijangka menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu depan.
"Selepas itu kita akan hantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Khamis.
BACA: Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
BACA: "Ini fitnah yang sangat kejam dan melampau" - Ebit Lew
Mengulas lanjut, Ashari memberitahu, pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan setakat ini.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 21 Julai lalu, Ebit membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.
Umavathi Ramayah
Thu Sep 02 2021

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel, pada pagi Rabu, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Ebit pada 21 Julai. - Gambar fail

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.

Dituduh bayar Mondy reka cerita, Caprice minta netizen jawab dengan tuhan
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.

Kes Ebit Lew: Polis akan panggil Caprice, Mondy bantu siasatan
Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan seorang wanita Indonesia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan
Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan pada Jumaat dan akan disambung semula pada September depan.

Kes Ebit Lew: 8 gambar diekstrak daripada telefon Firdaus Wong
Mahkamah diberitahu hanya lapan daripada 118,032 imej gambar yang dipilih daripada telefon bimbit jenis iPhone XS Max milik pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Kes Ebit Lew: Sistem perisian gagal kenal pasti mesej dipadam
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu mahkamah sistem perisian XRY yang digunakan untuk memproses analisis telefon bimbit gagal mengenal pasti mana-mana data yang dipadamkan daripada barang kes.

Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar, video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit - Saksi
Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata telefon bimbit itu dihantar ke makmal forensik PDRM kira-kira pukul 12.02 tengah hari oleh pegawai penyiasat.

Wajah 4 beradik comel bersih, tidak terbakar - Ebit Lew
Ebit Lew berkata, cuma ada sedikit kesan calar pada wajah mereka.

Ebit Lew selamatkan lembu daripada lemas
Ramai terharu dan menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi di akhirat terhadap Ebit atas tindakan yang dilakukannya itu.