awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencapaian Aaron-Wooi Yik muncul naib juara bukti kecekalan, disiplin tinggi - TPM Ahmad Zahid
Aaron-Wooi Yik buktikan mereka atlet berkelas dunia - Taufiq
Kesedaran premis makanan miliki sijil BeSS masih rendah di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Haresh diterima, polis giat buru suspek

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2025
13:14 MYT
Laporan Haresh diterima, polis giat buru suspek
Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar, hari ini.
KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki menyerang dan memukul wartawan sukan Haresh Deol sehingga cedera dalam kejadian berhampiran Bangsar Village, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 4 petang.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga Pengarang Urusan portal berita Twentytwo13, sedang sedang berjalan di kaki lima menghala ke Jalan Telawi.
“Kes terbabit melibatkan tiga suspek mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki yang merupakan wartawan sukan.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan (luka) pada bahagian muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua suspek masih belum dikenal pasti, namun tindakan mengesan individu terlibat sedang dijalankan.
Katanya, pegawai penyiasat akan memohon Perintah OTI daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya esok bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang berlaku boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Adnan Alias di talian 0192162272.
Topic Berkaitan
#Haresh Deol
#laporan polis
#wartawan sukan
#wartawan sukan diserang
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan