Siasatan ke atas pesawat MH370 tidak menemui sebarang petunjuk luar biasa yang melibatkan isu mekanikal atau mengaitkan penglibatan kru penerbangan.
Menurut laporan interim yang dikeluarkan pada Ahad, tiada penjelasan baharu dikeluarkan mengenai punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu.
Satu pasukan penyelidik antarabangsa telah menyiasat profil peribadi, psikologi, dan kewangan kapten serta pembantu juruterbang, selain mengkaji latar belakang 10 kru kabin pesawat berkenaan.
Laporan terperinci yang dikeluarkan pada ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 itu tidak menyebut sebarang dapatan yang meletakkan syak wasangka atau 'bendera merah' ke atas mereka.
"Tiada sebarang tanda tingkah laku pengasingan sosial, perubahan dalam tabiat atau minat, kecuaian diri, penyalahgunaan dadah atau alkohol melibatkan Kapten, Pembantu Juruterbang dan kru kabin," menurut laporan itu.
Laporan itu menambah bahawa radar awam telah mengesan pesawat itu untuk jangka masa yang singkat selepas ia mengubah haluan pada 8 Mac tahun lalu.
Penganalisis berkata laporan itu kebanyakannya menyatakan apa yang sudah diketahui.
Sementara itu, laporan interim itu juga mendapati bahawa bateri yang menjanakan mata arah dasar laut pada perakam data penerbangan pesawat (FDR) tamat tempoh pada Disember 2012.
Walau bagaimanapun, bateri pada perakam suara kokpit (CVR) pesawat telah digantikan dan berfungsi dengan baik.
Ia turut menyebut yang walaupun wujud kelalaian menggantikan bateri mata arah tersebut, ia masih boleh beroperasi selepas tamat tempoh, namun keberkesanannya boleh diragui.
AFP
Sun Mar 08 2015
Laporan terperinci yang dikeluarkan pada ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 itu tidak menyebut sebarang dapatan yang meletakkan syak wasangka atau 'bendera merah' ke atas mereka. -Gambar fail
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Pengunjung Pantai Irama waspada ombak besar, angin kencang
Bendera berwarna merah turut dikibarkan sebagai tanda peringatan bahaya kepada pengunjung.
Sentiasa berwaspada 'bendera merah' kanser paru-paru
Bendera merah yang dikaitkan dengan kanser paru-paru termasuk sesak nafas, batuk darah, hilang berat badan dengan atau tanpa hilang selera makan, sakit tulang yang luar biasa, sakit dada, keletihan.
Ribut Pabuk: Bendera merah tanda amaran dipasang di Batu Ferringhi
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pulau Pinang menaikkan bendera merah di persisiran pantai negeri itu sebagai tanda amaran kepada orang awam.
Laporan interim MH370: Tiada 'bendera merah' mengaitkan kru, pesawat
Laporan terperinci yang dikeluarkan pada ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 itu tidak menyebut sebarang dapatan yang meletakkan syak wasangka atau 'bendera merah' ke atas mereka.