Kementerian Pendidikan akan mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar ekonomi sebelum meminda sebarang polisi terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan kementerian itu.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata laporan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tentang situasi kadar kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk daripada yang digambarkan oleh kerajaan perlu diperhalusi.
"Saya rasa, saya perlu mendapatkan pandangan serta nasihat daripada pakar-pakar ekonomi kita yang ada di universiti-universiti. Mungkin mereka mempunyai beberapa pandangan.
"Apa-apa polisi yang kita (Kementerian Pendidikan) lakukan, ia mesti melibatkan semua pihak untuk memberi pandangan dan juga sumbang saran.
"Kita akan cuba membawa pakar-pakar ekonomi untuk membincangkan perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek YSS Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, di sini pada Sabtu.
BACA: Kaji balik laporan PBB mengenai kadar kemiskinan di Malaysia - Tun Mahathir
Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat, Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.
Sebaliknya, kata beliau, kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira-kira 15 peratus.
Mengulas berkenaan inisiatif pendidikan bagi golongan B40, Maszlee berkata para pensyarah disaran menjalankan kajian berkenaan sistem pengajaran sampingan untuk para pelajar dalam golongan itu.
"Saya menyeru kepada ahli akademik kita supaya terlibat dengan program-program seumpama ini dengan menjalankan kajian kerana kita yakin program seumpama ini mempunyai impak jangka masa panjang.
"Para pensyarah, profesor dan pengkaji, saya kira mereka perlu turut bersama dengan kerja-kerja seumpama ini, bukan sekadar menjadi tenaga (pengajar), tetapi juga membuat kajian kerana kita tahu, apa yang kita lakukan ini, kesannya tidak berlaku esok lusa, tetapi impaknya dalam tempoh dalam jangka masa panjang.
"Ini akan membantu kita untuk memperbaiki segala usaha seumpamanya dan membantu negara-negara membangun lain mempelajari usaha yang kita lakukan," katanya.
Justeru, jelasnya pihak KPM akan akan memastikan geran-geran kajian akan diperuntukkan secukupnya untuk kajian terhadap program-program seumpama ini.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Aug 24 2019

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kanan) bersama kanak-kanak dan para pelajar yang mendiami di PPR Lembang Subang 2 di sini sempena program Projek YSS Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019. - Foto BERNAMA

Rasuah | Singapura lebih tegas banteras rasuah
Kedudukan Singapura jauh lebih baik daripada Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kerana negara itu sudah lama mengenakan tindakan tegas terhadap perasuah, tak kira siapa pun.

COVID-19 | NZ negara terbaik urus COVID-19, Malaysia ke-16
New Zealand, Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara terbaik mengurus pandemik COVID-19. Manakala Malaysia menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 mata, tiga tangga bawah Singapura pada tempat ke-13 dengan skor 74.9 mata.

COVID-19 | Pejabat MB Kedah ditutup 3 hari
Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman, Alor Setar ditutup tiga hari bermula 31 Januari susulan kes positif melibatkan salah satu jabatan kerajaan di kawasan wisma berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (28 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (28 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887617/8967789641611850246994_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (28 Januari 2021)

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sabah terus program bakul makanan, 315,000 isi rumah dapat manfaat
Peruntukan sebanyak RM31.58 juta telah diluluskan dan dijangka sejumlah 315,000 Ketua Isi Rumah (KIR) akan mendapat manfaat dari peruntukan ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.

AWANI Ringkas: Kerajaan PH lebih tegas tangani rasuah - TI-M
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 28 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Aktiviti pembalakan dibenarkan mulai esok, ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tindakan tegas termasuk menutup operasi akan dikenakan jika didapati bersalah.

Penarafan stabil Moody's bukti disiplin fiskal Malaysia diiktiraf - Tengku Zafrul
Moody's Investors Service pada Khamis mengesahkan penarafan penerbitan jangka panjang mata wang tempatan dan asing Malaysia pada A3 dengan unjuran stabil.

WEF: Syarikat kurang minat dalam pelaburan yang menghasilkan karbon - Bill Gates
Menurut hartawan terkemuka yang juga merupakan Pengasas Breakthrough Energy, Bill Gates, syarikat-syarikat tersebut juga menjauhkan diri daripada pelaburan yang menghasilkan karbon.

UiTM lanjut pengecualian sewa premis niaga di seluruh negara selama enam bulan lagi
Lanjutan tempoh pengecualian sewaan itu adalah sebahagian daripada inisiatif UiTM Prihatin, dan ia dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti.

Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 Januari 2021.

Keuntungan bersih DiGi susut kepada RM280 juta
Keuntungan bersih DiGi.com Bhd susut kepada RM280.17 juta dalam suku keempat berakhir 31 Dis 2020 berbanding RM342.92 juta pada 2019.

WEF: Sektor swasta pacu pelaburan tenaga bersih - Mustapa
Sektor swasta akan menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam merealisasikan inisiatif itu.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.