PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (RUM) terhadap pegawai kanan kementerian.
"Pihak MOT mengambil maklum mengenai laporan-laporan polis yang telah dibuat dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta akan menunggu hasil siasatan tersebut," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan semalam.
Laporan-laporan polis yang telah dibuat dimaklumkan dalam Facebook Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan.
Abdul Razak dalam hantaran menerusi Facebook menyatakan RUM telah membuat laporan polis terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak kerana memfitnahnya berkaitan tren Diesel Multiple Unit (DMU).
Menurut MOT, kementerian masih lagi berpegang kepada kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu 'Fakta Sebenar Tepis Blog SABAHKINI2' pada 7 April dan kenyataan media MOT bertarikh 8 April lepas mengenai 'Jawapan Kepada Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Tren DMU'.
Pada 8 April, MOT menjelaskan bahawa 13 unit tren DMU baharu yang akan digunakan adalah menggantikan lokomotif dan koc penumpang sedia ada bagi laluan Pantai Timur, kerana keadaan lokomotif sedia ada itu memerlukan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi serta sering berlaku kerosakan.
MOT menjawab tuduhan yang dibuat Abdul Razak termasuk faktor tren DMU seolah-olah digunakan secara tergesa-gesa, isu berkaitan tahap keselamatan komponen tangki minyak tren DMU, tahap kualiti cermin tingkap DMU dan fasiliti depoh tren berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Tren diesel multiple unit (DMU) yang dilancarkan di Pantai Timur. - Foto KTMB/Gambar hiasan
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
China, ASEAN bekerja keras muktamadkan COC di Laut China Selatan - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama".
86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.