awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan pertukaran pakar patologi di HSAJB tidak tepat - KKM

Bernama
Bernama
14/01/2024
07:55 MYT
Laporan pertukaran pakar patologi di HSAJB tidak tepat - KKM
KKM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan selain menjelaskan HSAJB sentiasa bekerjasama dengan SPRM sepanjang proses siasatan dijalankan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan artikel berita berhubung perpindahan 10 Pegawai Perubatan Pakar Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) susulan kes pemalsuan keputusan ujian urin adalah tidak tepat.
KKM dalam kenyataan memaklumkan HSAJB telah menjelaskan situasi sebenar melalui satu kenyataan media yang disiarkan pada Khamis (11 Jan) bahawa tiada perpindahan keluar pegawai perubatan pakar patologi seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
"Urusan pengujian sampel urin adalah di bawah skop tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan ia tidak melibatkan Pegawai Perubatan Pakar Patologi. Individu yang terlibat dalam kes pemalsuan keputusan ujian urin masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," menurut kenyataan itu.
Di samping itu, KKM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan selain menjelaskan HSAJB sentiasa bekerjasama dengan SPRM sepanjang proses siasatan dijalankan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dalam hantaran di X berharap syarikat akhbar berkenaan akan lebih teliti sebelum menerbitkan sebarang berita khususnya mengenai KKM.
Beliau berkata ia supaya tidak mencetuskan rasa curiga umum terhadap perkhidmatan KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HSA
#pakar patologi
#Ujian air kencing
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan