awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan keluar rumah selepas 6 petang berita palsu - Polis

Bernama
Bernama
03/06/2021
10:44 MYT
Larangan keluar rumah selepas 6 petang berita palsu - Polis
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap, kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata antara lain, klip video itu yang menggunakan maklumat latar belakang Facebook 'Kepong Community', mendakwa arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.
"Orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan dan keperluan asas pada waktu kedai-kedai tersebut beroperasi hingga 8 malam sebagaimana termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 1 Jun 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh yang menasihati orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau fakta yang belum disahkan dengan pihak berkuasa, turut berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut.
Menurutnya, menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Prlu) (No. 2) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan keluar
#8 malam
#berita palsu
#polis
#Kepong Community
#Tular
#viral
#Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan