awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan rentas daerah Sabah diawalkan ke Isnin ini

Bernama
Bernama
21/05/2021
21:15 MYT
Larangan rentas daerah Sabah diawalkan ke Isnin ini
Anggota Anggota RELA mengawal kawasan Putatan berikutan larangan rentas daerah. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Larangan merentas daerah di Sabah akan bermula Isnin ini (24 Mei) serta berkuat kuasa hingga 7 Jun depan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan untuk mengawalkan larangan rentas daerah berikutan kes baharu COVID-19 di negeri itu merekodkan tiga angka sejak tiga hari lepas dengan sejumlah 160 kes dicatat pada Rabu, 245 kes semalam dan 144 kes hari ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan larangan itu bermula Khamis depan (27 Mei) dan hanya berkuat kuasa hingga 3 Jun.
Sepanjang larangan rentas daerah itu, Kota Kinabalu, Putatan serta Penampang akan dikategorikan sebagai satu daerah dan pergerakan penduduk antara ketiga-tiga daerah adalah dibenarkan manakala penduduk lain kekal dalam daerah masing-masing.
"Pelaksanaan larangan rentas daerah itu bertujuan untuk mengawal pergerakan dan jangkitan antara daerah dalam kategori merah dan jingga ke daerah kategori hijau dan kuning," kata beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 dalam kenyataan malam tadi.
Setakat ini, terdapat masing-masing sembilan daerah dalam zon merah dan zon kuning, tujuh dalam zon hijau serta dua dalam zon jingga.
Semalam, daerah Sandakan bertukar status daripada zon jingga kepada merah manakala Kinabatangan daripada zon merah kepada jingga, Sipitang daripada kuning kepada hijau dan Kudat daripada hijau kepada kuning.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#larangan rentas daerah
#Masidi Manjun
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan