GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak pelaksana terutamanya kementerian untuk memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan dalam bidang itu.
Perdana Menteri berkata dalam hal itu, pendedahan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus diberi penekanan dan ditingkatkan dengan memastikan sesiapa sahaja yang berminat termasuk pelajar maahad tahfiz dapat memanfaatkan program disediakan kementerian mahupun agensi kerajaan.
"TVET itu harus ditingkatkan untuk memenuhi (permintaan pelabur) seperti tiga atau empat hari lalu, kita ada Microsoft yang melabur RM10.5 bilion dan ini memerlukan puluhan ribu pekerja.
"Kalau (pelaburan itu melibatkan) semua ekosistem maka ratus ribu pekerja harus dilatih. Apakah kita ada keupayaan itu?" kata Anwar sambil memaklumkan bahawa Malaysia kekurangan 30,000 jurutera ketika ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata latihan berkaitan AI dan TVET mesti memberi peluang kepada semua penduduk di setiap kawasan bagi mengelakkan perbezaan keupayaan antara kawasan bandar dan pedalaman.
"Kalau kita ambil kursus ini hanya untuk orang elit bandar maka akan berlaku kesenjangan dengan orang di desa atau kampung. Sebab itu peluang (latihan AI dan TVET) mesti kepada semuanya supaya dapat menguasai (kedua-dua bidang itu) sepenuhnya.
"Saya hendak menekankan harapan saya, kerajaan Persekutuan akan bekerjasama kerajaan negeri supaya peringkat latihan baharu ini diberikan keutamaan, kalau tidak kita akan ketinggalan," katanya.
Perdana Menteri turut meminta Kementerian Pendidikan (KPM) untuk terus berusaha menggalakkan minat golongan pelajar sekolah dalam subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sekali gus dapat meningkatkan bidang AI serta TVET di negara ini.
"(Subjek) matematik dan sains pula, anak-anak kita kurang minatnya. Saya tekankan kepada KPM macam mana pun harus ditekan dan dipaksa supaya ada peralihan itu, segera," katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata KPM tidak boleh menggunakan pendekatan lama dalam melaksanakan peralihan itu dengan meletakkan sasaran tertentu sebaliknya melakukannya sekarang supaya negara boleh bersaing dengan negara lain.
"Pendekatan sekarang ini, kita rancang sekarang, tetapi kita jalankan bulan depan. Baru boleh kita bersaing dengan negara-negara lain. Jadi belajar daripada apa yang dilakukan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Semua mengatakan bahawa penyesuaian di universiti dan sistem pendidikan mesti dilakukan segera," katanya.
Menyentuh cabaran AI yang dihadapi kini, beliau berkata golongan anak muda khususnya beragama Islam perlu menguasai teknologi baharu itu untuk membantu memasukkan prinsip al-Quran dan hadis bagi menjamin maruah serta nilai diamalkan Malaysia.
"Kalau kita bawa AI yang diasak dari barat semata-mata, maka kita akan menghadapi masalah. Kita perlu masukkan dalam rangka atau elemen sistem AI ini sebab itu anak-anak kita harus mempunyai kepakaran masukkan prinsip al-Quran, hadis dan kriteria Islam.
"Jadi, apabila ia masuk di Malaysia dalam teknologi baharu maka kita tidak akan bimbang sama sekali bahawa soal nilai itu kita tidak diasak dan dipaksa barat, sekali gus dapat pertahankan maruah dan nilai kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Malaysia tidak boleh kalah dalam aspek tahap efisien oleh perkhidmatan awam dengan negara-negara jiran terutamanya berkaitan proses kelulusan kerana ia penting untuk menarik pelaburan.
Justeru, Anwar mahukan tahap kecepatan dalam melulus pelaburan mesti setanding dengan keupayaan negara lain seperti Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Perdana Menteri berucap pada Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, hari ini. - Foto Bernama
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.