KUALA LUMPUR: Laungan azan yang syahdu bergema di Istana Negara pagi ini, mengiringi keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa.
Azan yang dilaungkan oleh Pembantu Pegawai Agama di Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni itu menambahkan lagi sayu dan pilu warga Istana Negara, yang berkesempatan mengucapkan selamat berangkat kepada Al-Sutan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah buat kali terakhir.
Seri Paduka dan Tunku Azizah juga kelihatan sebak ketika azan berkumandang, sebelum menaiki kenderaan khas diraja.
Keberangkatan balik baginda berdua diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku menteri pengiring dan isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Ketika meninggalkan Istana Negara, kenderaan khas yang membawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melintasi Kawalan Kehormatan Darjat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja Kem Wardieburn, Setapak, yang turut mempersembahkan 'Hormat Diraja' di Dataran Istana Negara.
Seri Paduka berdua selepas itu berangkat ke Dataran Parlimen di sini untuk Istiadat Keberangkatan Balik bersempena dengan tamat tempoh pemerintahan sebelum menuju ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk menaiki pesawat pulang ke Pahang.
Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkenaan pada 6 Januari 2019. - Bernama
Bernama
Tue Jan 30 2024

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melambai ke arah rakyat ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, hari ini. - Gambar Bernama

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Rasionalisasi RON95: Golongan pendapatan rendah tidak terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
[TERKINI] Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) maklumkan beberapa negeri di semenanjung Maalysia turut rasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Myanmar.
[TERKINI] Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
[TERKINI] Kepulangan yang dinanti..tidak kunjung tiba
Kepulangan untuk meraikan Syawal enam beranak dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke kampung halaman di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor berakhir pilu apabila tiga daripadanya mereka terkorban dalam nahas jalan raya di Lenbuhraya Utara Selatan berdekatan Sedenak.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran.

Raja Charles dirawat di hospital akibat kesan sampingan rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" selepas mengalami kesan sampingan daripada rawatan kansernya.

Doktor wanita Hospital Shah Alam maut dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan
Seorang wanita maut manakala lima lagi anggota keluarganya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya LPT2 Ajil-Telemong, awal pagi tadi.

Berita buruk: 'Kami semua terdiam, Fatimah London perlu kembali ke hospital' - Ibu
Nor Ashila menyifatkan bahawa mereka sekeluarga juga tidak bersedia sepenuhnya untuk menerima 'berita buruk'.

Bawa masuk warga asing secara haram, pegawai Imigresen ditahan
Jabatan Imigresen mengesahkan penahanan seorang pegawai penguat kuasa pasukan itu kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.
![[KOLUMNIS] Hormati keluhuran perlembagaan isu lantikan badan kehakiman [KOLUMNIS] Hormati keluhuran perlembagaan isu lantikan badan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/81742894467_tbProfesorDrHaida.jpg)
[KOLUMNIS] Hormati keluhuran perlembagaan isu lantikan badan kehakiman
Semua pihak perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran perlembagaan termasuk dalam isu lantikan badan kehakiman.

Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri
Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor: Ahmad Zahid, Fahmi rafak sembah ucapan tahniah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

PM Anwar rafak sembah tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
Beliau mendoakan Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sultan Ibrahim berangkat ke Bazar Ramadan Bangsar
Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli belah.

Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang.

Pulau Pinang telah kemuka nama calon TYT baharu - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri yang baharu kepada Pejabat Perdana Menteri bagi pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.