awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lautan manusia banjiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Sabah

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2023
23:30 MYT
Lautan manusia banjiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Sabah
Ceramah bertajuk Tabligh Akbar Ustadz Abdul Somad di Padang Bandaran, Sandakan pada 31 Ogos sempena malam Ambang Merdeka. - Gambar My Sabah.
SHAH ALAM: Lautan manusia membanjiri ceramah pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara (UAS) dalam siri jelajahnya di beberapa buah daerah di Sabah.
Beliau memulakan ceramahnya bertajuk Tabligh Akbar Ustadz Abdul Somad di Padang Bandaran, Sandakan pada 31 Ogos sempena malam Ambang Merdeka.
My Sabah menerusi hantaran di Facebook berkata, pengunjung tidak berganjak meninggalkan tempat duduk mereka walaupun hujan lebat membasahi kawasan tersebut, bahkan semakin ramai yang hadir ke majlis ilmu itu.
Ceramah Ustaz Abdul Somad di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Jumaat. - Gambar Facebook My Sabah.
Ceramah Ustaz Abdul Somad di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Jumaat. - Gambar Facebook My Sabah.
“Alhamdulillah, Allah lancarkan ceramah tadi walaupun hujan lebat disertakan dengan angin yang kuat, tetapi pengunjung tetap tidak beredar dari majlis ilmu yang disampaikan oleh UAS,” kata seorang pengguna Facebook, Belkis Lornardgil pada Jumaat.
Majlis ilmu itu kemudiannya diteruskan di Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi, Sandakan dan pekarangan Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Jumaat dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.
Ceramah Perdana Ustaz Abdul Somad di Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu pada Sabtu dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman: Persiapkanlah Dirimu’. - Gambar Instagram @ustadzabdulsomad official
Ceramah Perdana Ustaz Abdul Somad di Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu pada Sabtu dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman: Persiapkanlah Dirimu’. - Gambar Instagram @ustadzabdulsomad official
Orang ramai dilaporkan sudah mula membanjiri ruang dewan dan padang Tuaran seawal jam 5 petang bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk yang selesa.
Program anjuran kerajaan Sabah itu turut diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isterinya, Datin Seri Julia Salag dan beberapa menteri dan timbalan menteri Kabinet.
Sementara itu, Abdul Somad meneruskan ceramah perdana di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada Sabtu dengan tajuk ‘Peringatan Akhir Zaman: Persiapkanlah Dirimu’ sebelum bergerak ke Masjid Al-Kauthar, Tawau pada sebelah malam.
Pengunjung membanjiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Masjid Al-Kauthar, Tawau, pada Sabtu. - Gambar Facebook My Sabah.
Pengunjung membanjiri ceramah Ustaz Abdul Somad di Masjid Al-Kauthar, Tawau, pada Sabtu. - Gambar Facebook My Sabah.
Rata-rata pengunjung meluahkan rasa gembira apabila menghadiri ceramah berkenaan, namun tidak kurang juga yang kecewa tidak dapat memasuki kawasan tersebut kerana tempat disediakan sudah penuh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ceramah agama
#pendakwah terkenal Indonesia
#Ustaz Abdul Somad
#Tabligh Akbar Ustadz Abdul Somad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan