HANOI: Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata hubungan Vietnam-Malaysia berkembang dengan baik dan masih ada ruang untuk mengembangkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Tan menekankan kepentingan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam dalam temu bual dengan Agensi Berita Vietnam (VNA).
Anwar akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Vietnam bermula hari ini (Khamis), bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Kunjungan itu juga merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.
"Saya berharap lawatan ini akan dapat memacu lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya dari segi ekonomi kerana terdapat begitu banyak usaha yang boleh dilakukan dan kedua-dua negara boleh bekerjasama untuk manfaat kedua-dua negara," kata diplomat itu.
Sambil menekankan peranan komuniti perniagaan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, Tan berkata lebih banyak syarikat Malaysia akan datang ke Vietnam dan mencari peluang perniagaan.
Menurutnya, kerajaan Vietnam telah menunjukkan prestasi yang baik dalam menarik pelaburan langsung asing.
Negara itu melanjutkan visa elektronik (e-visa) pelancong daripada 30 kepada 90 hari mulai 15 Ogos, katanya sambil menegaskan ini adalah contoh usaha kerajaan dalam memikat pelaburan asing.
Begitu juga Malaysia mengalu-alukan pelabur Vietnam sambil menambah bahawa organisasi seperti Vingroup mempunyai keupayaan untuk melebarkan sayapnya ke luar Vietnam.
Mengenai sektor kerjasama yang berpotensi, diplomat Malaysia itu berkata pasaran Halal tidak diberi perhatian sewajarnya di Vietnam.
Semasa satu forum perniagaan yang dijadual diadakan sebagai sebahagian daripada lawatan Anwar, syarikat Vietnam akan berpeluang meneliti konsep Halal, katanya sambil menegaskan bahawa pihak Malaysia sedia untuk menawarkan bantuan membangunkan produk Halal dan turut serta dalam pasaran berpotensi besar.
Syarikat perniagaan Vietnam juga berpeluang mempelajari lebih banyak mengenai konsep Halal pada acara perniagaan yang akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada lawatan Anwar, tambahnya, sambil menekankan bahawa pihak Malaysia bersedia untuk memberikan sokongan untuk mencipta produk Halal dan mengambil bahagian dalam potensi pasaran yang sangat besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Kunjungan itu juga merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Lawatan Anwar berpotensi perluas kerjasama Vietnam-Malaysia - Duta
Kunjungan itu juga merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lepas.
Tragedi Sri Lanka: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa setakat ini
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian serangan ke atas tiga buah hotel dan tiga gereja di Sri Lanka, ujar Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai.
Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa
Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka sedang mengemaskini dan mendapatkan perincian mangsa akibat serangan siri letupan di Colombo.