awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis

Bernama
Bernama
23/12/2024
09:00 MYT
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Pelawat perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan perlu membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara, termasuk di Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Kristian. Walau bagaimanapun, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman dari luar, tetapi boleh dibeli di kantin penjara.
"Pelawat perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan perlu membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan," menurut kenyataan itu.
Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni kerana semua kemudahan asas sudah disediakan oleh JPM.
"Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.
"Pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara," menurut kenyataan itu.
JPM memaklumkan bagi perjumpaan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 29 hingga 31 Dis ini, bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir ke penjara untuk perjumpaan bersemuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keluarga penghuni penjara
#melawat
#Jabatan Penjara Malaysia
#Krismas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan