awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
14/01/2025
05:41 MYT
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Dalam pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai perkara berkepentingan bersama termasuk perihal ekonomi dan isu-isu global. - Foto FB Anwar Ibrahim
DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Dalam pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai perkara berkepentingan bersama termasuk perihal ekonomi dan isu-isu global.
"Kami juga sepakat untuk memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama, termasuk tenaga, keselamatan makanan, teknologi dan pusat data, hatta bakal memajukan kepentingan bersama dan menyokong matlamat pembangunan mampan kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambah Anwar, pertemuan tertutup itu juga digunakan bagi menyatakan penghargaan di atas jemputan lawatan kerja ke negara itu.
Terdahulu, Perdana Menteri terbang dari Abu Dhabi ke Dubai bagi memenuhi undangan berkenaan.
Seterusnya, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan pagi ini (waktu tempatan), diikuti penyertaan dalam dialog sempena Abu Dhabu Sustainability Week (ADSW).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri UAE
#Dubai
#lawatan kerja
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan