awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja TPM Singapura perkukuh hubungan, kerjasama dua hala - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
04/09/2022
04:30 MYT
Lawatan kerja TPM Singapura perkukuh hubungan, kerjasama dua hala - Tengku Zafrul
Lawrence Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong ke Malaysia bermula hari ini, menjadi peluang untuk kedua-dua negara saling bertukar pendapat dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan lawatan pada 4-7 Sept 2022, akan turut memperkukuh hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.
"Selain jiran terdekat, Singapura juga merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak RM267.11 bilion (USD64.43 bilion) pada 2021 iaitu peningkatan 25.2 peratus berbanding nilai pada 2020," katanya.
Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus selain menyertai sesi dialog tertutup bersama Kuala Lumpur Business Club.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Lawrence Wong
#Singapura
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan