HANOI: Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam yang berakhir semalam bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Malaysia-Vietnam tetapi sebagai pemula kepada penerokaan pelbagai sektor berkepentingan baharu bagi kedua-dua negara.
Ini termasuk dalam bidang pertanian, halal, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan pembangunan modal insan.
Anwar yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam lawatan itu bukan sahaja diberi sambutan hamparan permaidani merah oleh Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh di Istana Presiden tetapi juga diberi ruang bertemu empat tokoh kepimpinan paling berpengaruh dalam struktur pentadbiran Vietnam.
Anwar yang membuat lawatan sulung ke Vietnam sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November tahun lalu, turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, selain bertemu Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV) Ngunyen Phu Trong.
Perdana Menteri juga mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam Vuong Dinh Hue dan Presiden Vietnam Vo Van Thuong serta bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin berkenaan.
Dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin paling berpengaruh Vietnam itu, Anwar turut mengambil peluang untuk menjelaskan dasar-dasar baharu kerajaan Malaysia pimpinannya.
"Kali ini Yang Amat Berhormat diberi peluang untuk bertemu dengan seluruh strata kepimpinan di Vietnam ini. Ini adalah satu pengiktirafan kepada Yang Amat Berhormat," kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada wartawan Malaysia.
Sementara itu, semasa menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam di sini, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mempelawa pelabur Vietnam ke Malaysia dengan memberi jaminan akan memudahkan proses pelaburan berkenaan.
Anwar dan rakan sejawatannya turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam (VCCI) bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala Malaysia dan Vietnam yang akan memberi keuntungan kepada rakyat kedua-dua negara.
Dalam lawatan itu, Anwar dan Chinh juga menyaksikan majlis menandatangani pengesahan dokumen minit hasil Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Antara Malaysia dan Vietnam (JCM-7).
Sebelum berlepas pulang ke ibu negara semalam, Anwar yang turut disertai Dr Zambry, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata lawatannya menerima sambutan amat baik di Vietnam.
"Lawatan rasmi ke Vietnam ini mendapat sambutan amat baik di sini. Saya dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Presiden Vietnam, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Anwar beramah mesra bersama Vo Van Thuong ketika kunjungan hormat sempena lawatan Perdana Menteri ke Vietnam di The Presidential Palace, Hanoi, 21 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vietnam, Malaysia memainkan peranan penting dalam ASEAN - Penganalisis
Collins menekankan momentum yang semakin meningkat dalam hubungan Vietnam-Malaysia membabitkan semua sektor.
Lawatan PM Anwar ke Vietnam kukuh hubungan, perluas kerjasama
Ia sebagai pemula kepada penerokaan pelbagai sektor berkepentingan baharu termasuk dalam bidang pertanian, halal, keselamatan dan pendidikan.
PM tiba di Vietnam untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri tiba pada pukul 1.45 tengah hari (2.45 petang waktu Malaysia) dan disambut Pengerusi Kerajaan Vietnam Tran Van Son selaku menteri pengiring.
Tun Dr Mahathir pandu uji kereta sulung buatan Vietnam
Sempena lawatannya ke Vietnam selepas 21 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diberi penghormatan memandu uji kereta VinFast, buatan sulung Vietnam.
PM tiba di Hanoi untuk lawatan kerja tiga hari di Vietnam
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, Vietnam pada Isnin malam bagi memulakan lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke negara ini.