Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi makna besar kepada warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya yang bakal berpindah ke Pangkalan Udara Sendayan daripada Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekali gus petunjuk dalam perancangan pelbagai projek pembangunan melibatkan infrastruktur kepada warga TUDM sendiri.
Lawatan itu jelasnya turut menunjukkan komitmen dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Lawatan Perdana Menteri membawa erti dan makna yang amat mendalam sekali. Saya berbincang dengan pihak TUDM dan mereka melihat pangkalan ini sebagai mimpi jadi kenyataan.
"Kita sedar dari segi lokasi di Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang sudah tidak sesuai dari segi keselamatan dan keperluan TUDM sendiri," katanya semasa sidang media selepas menemani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Pangkalan Udara Sendayan di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.
Pangkalan Udara Sendayan akan menjadi pusat latihan terbesar dan utama TUDM.
Beberapa pusat latihan tentera udara di seluruh negara akan berpusat di Pangkalan Udara Sendayan bermula Januari 2018.
Kata Hishammuddin, pemindahan kesemua pusat latihan ke Pangkalan Udara Sendayan itu turut membabitkan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) dan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) yang ketika ini berpusat di Pangkalan Udara Subang.
"Saya juga ingin memaklumkan bahawa tiada operasi penerbangan pesawat sayap kaku (fixed wing) akan dilaksanakan di Pangkalan Udara Sendayan dan hanya akan melibatkan penerbangan helikopter.
"Ini kerana, kesemua operasi penerbangan yang sebelum ini dilaksanakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah dipindahkan dan beroperasi di Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Gong Kedak.
"Secara keseluruhannya, proses pembinaan Pangkalan Udara Sendayan berjalan lancar di bawah penyeliaan pihak kontraktor yang dilantik oleh TRX City Sdn Bhd iaitu Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM). Setakat hari ini, proses pembinaan PU Sendayan telah 80 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2017," jelasnya.
Ujar Hishammuddin, pembinaan Pangkalan Udara Sendayan itu merupakan satu lagi mercu tanda kecemerlangan dan kegagahan ATM amnya dan TUDM khasnya.
"Saya berharap agar dengan adanya Pangkalan Udara Sendayan ini, ia berupaya memperkukuh semangat seluruh warga ATM khususnya TUDM untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab sekali gus menjadikan TUDM sebagai pasukan tentera udara yang disegani di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.
"Pada masa sama, saya percaya kewujudan Pangkalan Udara Sendayan turut berupaya menyumbang kepada pembangunan yang lebih pesat di kawasan Sendayan khasnya dan Seremban amnya.
"Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar bagi memastikan pembangunan negara lebih seimbang dan terancang serta tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama sahaja," katanya.
Dalam pada itu ujarnya, selain pembinaan Pangkalan Udara Sendayan, Kementerian Pertahanan juga sedang merancang pembinaan kem-kem baharu dan menaik taraf kem-kem sedia ada di seluruh negara.
"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perancangan Hala Tuju Kementerian Pertahanan yang bertujuan meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan ATM dan tahap keselamatan negara selain menambah baik aspek kebajikan warga ATM.
"Setakat ini, Kementerian Pertahanan merancang untuk membina sebanyak lima kem baharu di Johor, Pahang, Perak dan Sabah
"Manakala bagi perancangan menaik taraf kem-kem sedia ada, Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 kem di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 13 2017
PM Najib (tiga, kanan) melihat pelan projek sempena lawatan kerja ke tapak pembangunan Pangkalan Udara Sendayan, yang kini memasuki fasa terakhir pembinaannya, hari ini. - Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).