awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM: Perkukuh imej negara, memacu pelaburan strategik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2025
00:50 MYT
Lawatan PM: Perkukuh imej negara, memacu pelaburan strategik
Menurut Anwar (tengah), lawatan beliau dan delegasi Malaysia bukan sekadar diplomatik, tetapi turut melibatkan rundingan penting yang memberi manfaat langsung kepada negara. - Gambar PMO/ Afiq Hambali
RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan dalam menjaga dan meningkatkan imej negara selain menarik pelaburan strategik sepanjang lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil yang berakhir pada Isnin.
Menurut beliau, lawatan tersebut bukan sekadar diplomatik, tetapi turut melibatkan rundingan penting yang memberi manfaat langsung kepada Malaysia, khususnya dalam sektor penerbangan dan teknologi.
“Kita ambil tanggungjawab ini secara serius. Sepenuh masa kita tumpu untuk jaga imej negara dan beri manfaat kepada rakyat. Dalam soal kepentingan negara, jangan kita remehkan,” katanya pada sidang media di akhir lawatan, di sini, pada Isnin.
Anwar berkata, dalam rundingan pembelian pesawat, Malaysia meletakkan syarat agar sebahagian daripada operasi dan pengeluaran dilakukan di dalam negara.
“Kalau nak beli pesawat seperti Airbus, kita mesti letak syarat. Syarikat mesti bina pengkalan di Malaysia dan sebahagian komponen mesti dihasilkan di sini (Malaysia). Ini keperluan campur tangan pimpinan negara,” katanya.
Beliau turut menyentuh potensi kerjasama dengan syarikat penerbangan Brazil, Embraer, yang dilihat mampu membuka pasaran baharu bagi Malaysia.
Lawatan rasmi ke tiga negara itu dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh hubungan antarabangsa dan memperluas peluang pelaburan yang memberi impak langsung kepada pembangunan ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#lawatan perdana menteri
#imej negara
#pelaburan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan