awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Trump perkukuh kerjasama rantaian bekalan global dan mineral kritikal - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
28/10/2025
15:15 MYT
Lawatan Trump perkukuh kerjasama rantaian bekalan global dan mineral kritikal - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, kehadiran Trump bukan sebagai sokongan terhadap mana-mana blok kuasa, tetapi bukti bahawa Malaysia mampu berperanan sebagai rakan yang berkecuali, berwibawa dan berkesan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung dalam suasana yang terbuka, jujur dan produktif.
Beliau berkata, pertemuan itu berlandaskan kepentingan bersama dengan memperbaharui dialog perdagangan, memperkukuh kerjasama dalam rantaian bekalan dan mineral kritikal serta menegaskan semula peranan penting ASEAN dalam membentuk penglibatan di rantau Asia Pasifik.
“Lawatan Presiden Donald Trump ke Malaysia menandakan detik penting dalam memperkukuh hubungan lama antara Malaysia dan Amerika Syarikat, serta komitmen bersama terhadap keamanan dan kemakmuran serantau.
“Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kami melihat lawatan itu bukan sebagai sokongan terhadap mana-mana blok kuasa, tetapi bukti bahawa Malaysia mampu berperanan sebagai rakan yang berkecuali, berwibawa dan berkesan dengan menghubungkan ekonomi, memudah cara dialog, dan menyumbang kepada kestabilan serantau,” kata Anwar dalam kenyataan di media sosial pada Selasa.
Perdana Menteri berkata, Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan satu pencapaian bersejarah yang menyerlahkan peranan Malaysia sebagai pemangkin diplomasi damai ASEAN.
Anwar berkata, langkah itu juga menonjolkan lambang kesepaduan rantau dalam menjunjung keamanan dan kestabilan.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Trump atas komitmen beliau dalam memajukan Pelan Damai Gaza, yang diharap dapat menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
Anwar berkata, mesej beliau jelas iaitu Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat.
Rentetan itu, beliau berkata, Malaysia teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan, memperkukuh solidariti ASEAN serta mengangkat martabat Malaysia sebagai jambatan ke arah dunia yang bermaruah.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ASEAN25
#media sosial
#rantaian bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan