LAZADA Malaysia mengumumkan mereka telah mula mengimplementasi caj cukai perkhidmatan sebanyak 8% berkuat kuasa hari ini, 1 Mac 2024.

Ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 2% berbanding 6% sebelum ini, selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2024.

Lazada menyatakan caj perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas yuran transaksi, yuran komisen penggunaan Lazada, dan juga sebarang yuran melibatkan program promosi oleh seseorang penjual.

Selain Lazada, sebelum ini Shopee dan TikTok Shop turut mengumumkan implementasi caj sama, yang juga dikuatkuasakan hari ini. -Amanz