KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,263,287 individu atau 35.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksin mereka manakala 2,942,399 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, sejumlah 15,483,571 individu atau 65.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,943,182 individu atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,219,105 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.
Sebanyak 27,330 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 9,849 suntikan pertama, 1,116 suntikan lengkap dan 16,365 suntikan dos penggalak menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,484,635 dos.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 71 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Kedah dan Perak merekodkan kematian tertinggi masing-masing 14 kes diikuti 11 kes di Johor, Selangor (tujuh) manakala lima kes masing-masing di Kelantan, Pulau Pinang and Sarawak.
Negeri Sembilan pula merekodkan empat kes, Terengganu and Kuala Lumpur masing-masing dua kes manakala Pahang dan Melaka masing-masing satu kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Sebanyak 27,330 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 9,849 suntikan pertama, 1,116 suntikan lengkap dan 16,365 suntikan dos penggalak. - Gambar fail
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Lebih 15 juta individu dewasa Malaysia terima dos penggalak
Setakat Isnin, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.
Lebih 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.
65.6 peratus populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19
Sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Lebih 870,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Sejumlah 14,660,956 individu atau 62.3 peratus populasi dewasa negara telah menerima dos penggalak COVID-19.
COVID: 78.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam
Setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept
Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
41.6 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin - JKJAV
Setakat semalam, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 32,212,527 dos.
COVID-19: Vaksinasi harian kembali catat peningkatan, 424,936 dos diberi pada 19 Julai
Jumlah ini menyaksikan angka vaksin harian kembali kepada lebih 400,000 dos sehari.
252,773 dos vaksin COVID-19 diberi pada 23 Jun, jumlah kumulatif 6.55 juta dos
Ia membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua.