awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu

Bernama
Bernama
31/05/2016
13:03 MYT
Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu
Ops Cantas Silver yang dijalankan selama sebulan mulai 14 April lepas dilaksanakan untuk mengawal kegiatan gangsterisme. - Gambar hiasan
Seramai 110 anggota kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan seluruh Perak ditahan dalam Ops Cantas Silver yang dijalankan selama sebulan mulai 14 April lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.
"Operasi ini dilaksanakan berkonsepkan 'total harrassment' terhadap kumpulan-kumpulan gangster berkenaan untuk tindakan pencegahan yang lebih berkesan dan menyeluruh terhadap jenayah kekerasan termasuk perjudian dan pelacuran.
"Daripada 110 yang ditangkap 15 individu telah dituduh atas pelbagai kesalahan, manakala 35 individu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan kesemua masih lagi dalam tahanan polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.
Hasnan berkata hasil daripada operasi berkenaan kegiatan jenayah kekerasan termasuk samun di negeri Perak didapati telah menurun sebanyak 2.9 peratus.
Dalam pada itu, Hasan berkata Operasi Lejang yang dijalankan Mei lalu berjaya mengurangkan kes kecurian motosikal di Perak sebanyak 0.5 peratus.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan, Hasnan berkata seramai 2,000 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di kawasan tersebut bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.
"Kita kesan ada 20 titik panas di Kuala Kangsar dan di situ kita akan memberi lebih tumpuan," katanya.
Topic Berkaitan
#aktiviti jenayah
#berita jenayah
#gangsterisme
#gengster ipoh
#kongsi gelap
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan