JOHOR BAHRU: Sebanyak 112,524 atau 4.1 peratus pengguna di Johor telah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam, selepas sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Johor dalam kenyataan memaklumkan jumlah pendaftaran itu dilihat masih kurang memberangsangkan.
"Justeru, Bangsa Johor dijemput hadir untuk membuat pengemaskinian profil di kaunter fizikal PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berhampiran," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu memaklumkan pegawai DOSM Johor akan berada di kaunter PEDi terpilih untuk membantu orang ramai dalam pengemaskinian PADU.
Menurut kenyataan itu, rakyat Johor juga boleh hadir ke semua Pejabat DOSM negeri di Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat bagi tujuan berkenaan.
Pengemaskinian juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web PADU www.padu.gov.my selain maklumat terkini berkaitan sistem itu boleh didapati menerusi media sosial rasmi PADU, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM Johor.
PADU bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Sebanyak 112,524 atau 4.1 peratus pengguna di Johor telah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam, selepas sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
600,000 penjawat awam selesai daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam.
Lebih 100,000 daftar PADU di Johor
Sebanyak 112,524 atau 4.1 peratus pengguna di Johor telah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam, selepas sistem itu dilancarkan pada 2 Jan lepas.