awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 11 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Bernama
Bernama
31/01/2022
01:47 MYT
Lebih 11 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak
Semalam, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lapan kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#populasi dewasa
#populasi remaja
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan