KUALA LUMPUR: Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar diampunkan kini mencecah lebih 112,000 pada Isnin.
Petisyen yang digerakkan menerusi portal Change.org itu telah menunjukkan peningkatan sejak ia dilancarkan Rabu minggu lalu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, setakat 1 tengah hari Isnin, sejumlah 112,224 telah menandatangani petisyen yang disasarkan mencapai 150,000 penanda tangan.
Menurut BERSIH, petisyen itu bagi meminta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Sementara itu, satu lagi referendum yang dilancarkan oleh penyokong Najib pula sehingga kini mendapat 8,957 tandatangan.
Petisyen terbabit antara lain meminta Yang di-Pertuan Agong agar memberikan Pengampunan Diraja serta merta terhadap Najib.
Malah referandum itu turut meminta agar Yang di-Pertuan Agong menitah Ketua Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Pesuruhjaya Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk menghadap baginda berhubung bukti kes melibatkan Hakim Nazlan Ghazali.
Astro Awani
Mon Aug 29 2022
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Mahkamah Persekututuan pada Ogos 23, 2022. - fotoBERNAMA
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah.
Mahkamah Thailand tolak petisyen berhubung usaha Pita jadi perdana menteri
"Hak mereka tidak dilanggar secara langsung. Mereka tidak mempunyai hak untuk memfailkan aduan itu."
Gamis gerakkan petisyen gesa kerajaan tangani kenaikan harga barang
Gamis bersama kira-kira 400 mahasiswa dapatkan petisyen gesa kerajaan tangani segera peningkatan harga barangan asas.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat didengar 28 Julai
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan calon Barisan Nasional Tan Sri M. Ramasamy untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.
Dua petisyen pengampunan Najib dilancar, 135,000 bantah, 7,000 sokong
"Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" dilancarkan pada Jumaat
PN sedia buktikan dakwaan sogok pengundi tidak benar
Pasukan pembelaan Perikatan Nasional sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu itu, adalah tidak benar.
Ahmad Said fail petisyen mohon batal keputusan PRU15 Parlimen Marang, Kemaman, Kuala Terengganu
Petisyen itu dibuat kerana didakwa berlaku pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu semasa PRU15.
Cabar keputusan PRU15: BN akan fail petisyen di Parlimen Marang, Kemaman, Kuala Terengganu
Semua petisyen pilihan raya berkenaan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan PN pada PRU15.
Tugas kami sudah selesai, terpulang kepada Najib fail petisyen ke PBB - Tengku Maimun
Selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya pada 23 Ogos tahun lepas, terserahlah kepada Najib untuk mengambil apa-apa tindakan.
Pasca PRU15: Lebih 26,000 tandatangan petisyen, gesa MP Sarawak tolak kerjasama dengan PN, Pas
Petisyen yang dilancarkan Parti Sarawak Bersatu itu dimulakan pada Selasa, 22 Nov melalui lawan sesawang change.org .