awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 170,000 kenderaan direkod memasuki Terengganu sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
30/03/2025
08:32 MYT
Lebih 170,000 kenderaan direkod memasuki Terengganu sempena Aidilfitri
Jumlah kemasukan tertinggi direkodkan melalui laluan LPT2 iaitu 152,331 kenderaan. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 172,331 kenderaan direkodkan memasuki Terengganu sejak Jumaat lepas sempena sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jalan Persekutuan yang bersempadan dengan Pahang serta Kelantan.
Beliau berkata jumlah kemasukan tertinggi direkodkan melalui laluan LPT2 iaitu 152,331 kenderaan.
"Selain LPT2, kita juga merekodkan 20,000 kenderaan masuk di Jalan Persekutuan iaitu di Kuala Kemaman, Terengganu dari arah Kuantan dan sempadan Jertih, Terengganu dari arah Pasir Puteh, Kelantan.
"Kemasukan paling tinggi direkodkan di LPT2 semalam (Sabtu) iaitu 65,975 kenderaan," katanya kepada pemberita selepas Op Selamat 24 Aidilfitri di Plaza Tol Kuala Terengganu (Tol Gemuruh) di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Khairi berkata 260 anggota dan pegawai polis termasuk di daerah-daerah dikerah bertugas sepanjang Op Selamat bermula 29 Mac hingga 3 April depan.
Beliau berkata pada operasi kali ini juga, 25 lokasi diletakkan dalam senarai sering berlaku kesesakan, manakala 21 kawasan dikenal pasti sebagai kerap berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut di seluruh negeri.
"Untuk kawasan sering berlaku kesesakan, kita kenal pasti enam lokasi di Kuala Terengganu, Besut (lima), Marang (empat), Kemaman (tiga), Dungun (tiga), Hulu Terengganu (dua) dan Setiu (dua).
"Sementara kawasan kerap berlaku kemalangan pula enam lokasi di Marang, Besut (empat), Kuala Terengganu (tiga), Setiu (tiga), Kemaman (dua), Hulu Terengganu (dua) dan Dungun (satu)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#terrengganu
#keadaan trafik
#lalu lintas
#LPT 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan