Lebih 18 tan sampah berjaya dikutip oleh penduduk di Kuala Perlis menerusi pertandingan "Mega Plogging Challenge" DUN Kuala Perlis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kangar.
Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata program seperti ini berjaya menggalakkan masyarakat kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Kuala Perlis yang menjadi destinasi pelancong sebelum ke Pulau Langkawi.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program tersebut. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Program tersebut turut diadakan sempena Hari Terbuka Kuala Perlis yang turut disertai 16 agensi kerajaan membuat pameran yang diadakan di Padang Semarak, Seberang Ramai di sini, hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin kemudian berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang iaitu Kampung Seberang Alor yang muncul johan dengan kutipan sampah seberat 1082.9 kilogram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan hampar.
Kampung Pulau Ketam muncul tempat kedua dengan kutipan sampah 983.8 kg dan Kampung Baru Seberang di tempat ketiga dengan kutipan sampah 767.4 kg. Pemenang tempat kedua dan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai, masing-masing RM500 dan RM400 beserta hampar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Raja Muda Perlis dan Noor Amin (tengah) bergambar bersama para pengunjung pameran Rejimen 504 Askar Wataniah pada Mega Plogging Challenge sempena Hari Terbuka Kuala Perlis, 5 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Kompaun jika beri merpati makan
MBPP akan mengambil bertindak tegas ke atas mereka yang membuang sampah dan sisa makanan merata-rata termasuk pemberi makanan kepada burung merpati atau haiwan lain di negeri ini.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.
JKNK keluarkan 53 notis terhadap premis gagal jaga kebersihan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 53 notis kesalahan terhadap premis yang gagal menjaga kebersihan di Kuala Krai, semalam.
Tiga premis makanan di Dalat diarah tutup selama 14 hari
Semasa pemeriksaan dilakukan, sebanyak enam notis perintah untuk hadir ke mahkamah telah dikeluarkan.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.
Rakyat perlu fokus tiga aspek jaga kebersihan, kesihatan - Pemangku Raja Perlis
Wabak denggi dan usaha mengatasi penyakit itu harus digembleng dan melibatkan semua peringkat agensi.
Abang Mie, rakan bergilir jaga kebersihan Bukit Jernih
Azmi dan beberapa rakan memulakan usaha sukarela itu pada 2018 dengan mengutip sampah yang ditinggalkan pengunjung tidak bertanggungjawab.
'Kos sara hidup antara faktor tiada kerjasama, kebersamaan di PPR'
Phang berkata, fokus penduduk adalah untuk meningkatkan pendapatan, sehingga tiada masa untuk bergaul dengan komuniti setempat.
Melaka tetapkan KPI tahap kebersihan
Kerajaan Negeri Melaka akan menetapkan KPI kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri.
Peniaga 'nat' dinasihatkan utama kebersihan - MB Perlis
Peniaga perlu meningkatkan aspek kebersihan kerana persekitaran yang bersih akan menarik lebih ramai pelanggan.