KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu bahawa jumlah bilangan pekerja asing dalam negara ini telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
"Sehingga 15 Mac 2024, berlandaskan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang.
"Buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan keputusannya untuk membekukan kelulusan kuota baharu. Ini kerana bilangan pekerja asing dalam negara telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah RMK12," katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai status kekurangan pekerja asing, jumlah yang masih diperlukan dan usaha dijalankan bagi mengatasi masalah berbangkit.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata kerajaan juga masih dalam proses memuktamadkan saringan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK) seliaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Justeru, sebarang keputusan berkenaan pembukaan semula kuota pekerja asing akan ditetapkan setelah kerajaan mendapat perincian penuh berkaitan jumlah kuota pekerja asing yang masih belum memasuki negara sebelum atau pada 31 Mei 2024 dan hasil program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang akan berakhir prosesnya pada Jun 2024," ujar beliau.
Sementara itu, Steven Sim menambah berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada Agensi Kawal Selia mengikut sektor, anggaran tenaga kerja yang diperlukan adalah seramai 308,570.
Ujarnya, kuota baharu hanya akan dipertimbangkan dengan mengambil kira baki kuota yang masih ada daripada unjuran 15 peratus tenaga kerja selepas pengemaskinian jumlah kuota pekerja asing yang aktif dan RTK 2.0.
"Baki kuota yang tinggal akan disalurkan kepada sektor atau sub sektor kritikal dan mempunyai impak yang tinggi kepada hasil ekonomi negara," jelasnya.
Steven Sim berkata, pada 16 Januari 2024, satu proses memudah cara penggajian pekerja asing secara sistematik dan proses kemasukan yang mudah serta cepat, di mana tempoh masa permohonan kuota sehingga kemasukan pekerja telah dikurangkan dari 29 bulan kepada 15 bulan juga disediakan.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 26 2024
Steven Sim berkata, kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025. - Foto JaPen
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
SPR keluar 188 kertas undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 188 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
MCMC buat laporan polis
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menolak sekeras-kerasnya tohmahan tidak berasas seorang penulis blog Murray Hunter yang menuduh agensi itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Malaysia mahu negara Islam sepakat henti keganasan di Gaza
Disebalik tumpuan terarah kepada usaha mengetengahkan keutamaan strategik dalam isu ekonomi, perdagangan serta pelaburan, Malaysia turut memanfaatkan platform Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh dengan menyuarakan sokongan berterusan kepada rakyat Palestin yang berdepan kezaliman rejim zionis Israel.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan supaya keganasan di Gaza dapat dihentikan.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan supaya keganasan di Gaza dapat dihentikan.
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.