awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Emirates lanjut penggantungan penerbangan ke Iran sehingga 5 Julai
MALAYSIA
Keamanan, keharmonian masyarakat, prasyarat capai Maqasid Syariah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Lebih 200 operasi carilamat selamatkan lebih 1,000 nyawa tahun lepas - Maritim Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lebih 20 rumah, kedai, tokong terbakar di Bagan Datuk

Aida Aziz
Aida Aziz
28/06/2025
04:45 MYT
Sponsor Banner
Lebih 20 rumah, kedai, tokong terbakar di Bagan Datuk
Kebakaran merebak pantas disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan tekanan air pili bomba yang rendah. - Gambar/ JBPM
BAGAN DATUK: Sebanyak 23 buah premis termasuk rumah, kedai makan dan tokong musnah terbakar dalam kebakaran besar di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang di sini, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 23 premis termasuk rumah, kedai makan dan tokong musnah dalam kebakaran besar di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang sekitar jam 4.52 pagi.
  • Kebakaran merebak pantas disebabkan kedudukan rumah yang rapat dan tekanan air pili bomba yang rendah; 11 anggota bomba digerakkan ke lokasi.
  • Tiada mangsa dilaporkan, api berjaya dikawal pada jam 7.30 pagi dan penilaian kemusnahan masih dijalankan oleh ketua operasi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 4.52 pagi.
Katanya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Teluk Intan serta Pasukan Bomba Sukarela Sungai Tiang digerakkan ke lokasi.
Jelasnya lagi, kebakaran itu merebak dengan pantas susulan keadaan rumah yang berdekatan, selain tekanan air dari pili bomba agak rendah.
"Kemerebakan kebakaran telah menyebabkan 21 buah rumah berkeluasan 20 x 50 kaki jenis kelas B dan C, selain satu kedai makan dan satu tokong turut terbakar.
"Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran ini.
"Pada jam 7.30 pagi, api berjaya dikawal. Peratusan kemusnahan kebakaran masih dalam penilaian ketua operasi dan operasi pemadaman masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#kebakaran besar
#Bagan Datuk
#rumah terbakar
#tokong terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami