SHAH ALAM: Lebih 200 syarikat dari pelbagai sektor terlibat dalam program Corporate Smart Internship sejak diperkenalkan penghujung 2016 bertujuan memberi latihan dan kemahiran kepada Orang Diparol (ODP) dan Orang Banduan Berlesen (OBB) dalam sektor pekerjaan yang diceburi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata usaha ini adalah langkah untuk memberi kesedaran masyarakat agar turut sama membantu pemulihan kepada banduan selain dapat mengurangkan kos kerajaan serta menurunkan lebihan kapasiti banduan di penjara.
Beliau berkata setakat 8 Okt, sebanyak 10,446 ODP dan 1,284 OBB menyertai program tersebut dengan ada dalam kalangan mereka telah diambil sebagai pekerja setelah bebas daripada penjara.
"Mereka yang dipilih adalah di kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah kecil namun akan melalui pelbagai proses saringan sebelum diluluskan untuk mengikuti program tersebut," katanya pada sidang media selepas menghadiri program kolaborasi antara Penjara Malaysia dengan Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd di sini pada Khamis.
Katanya, Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia yang terlibat dengan program tersebut sejak 2019 mengambil 1,077 ODP dan 84 OBB dengan 20 orang daripada mereka telah diambil bekerja.
ODP dan OBB yang bekerja di syarikat tersebut turut menikmati kemudahan seperti asrama, pengangkutan, gaji minimum selaras ketetapan kerajaan, elaun kerja lebih masa, elaun makan, kemudahan kesihatan, uniform kerja dan insurans.
"Panasonic juga meminta menambah 379 orang lagi bagi program tersebut, dan saya meminta bahagian Parol hingga November ini untuk memberi syarikat tersebut 379 orang lagi secara berperingkat," katanya.
Katanya, selain syarikat tersebut, OBB dan ODP juga diberi peluang untuk menimba kemahiran di sektor lain termasuk perindustrian, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Setakat 8 Okt, sebanyak 10,446 ODP dan 1,284 OBB menyertai program tersebut dengan ada dalam kalangan mereka telah diambil sebagai pekerja setelah bebas daripada penjara. -Gambar hiasan/ Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Ia selepas hukuman tersebut digantikan kepada penjara seumur hidup selama 30 tahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.