NATIONAL
Lebih 2,000 komik propaganda dirampas - Muhyiddin

MUHYIDDIN: Lebih 2,000 naskah komik propaganda telah dirampas. - Gambar fail/BERNAMA
"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.
KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami