TAIPING: Lebih 30 kawasan di sekitar Kamunting di sini, akan mengalami gangguan bekalan air pada Ahad kerana kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, Kerian.

Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat, gangguan dijangka berlaku selama 12 jam, mulai jam 9 pagi hingga 9 malam.

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Taman Taiping, Assam Kumbang, Aulong, Tekah, TF Mart, Kamunting Raya Industri dan kawasan sekitar.

Kawasan lain yang terlibat ialah keseluruhan Kamunting, Masjid Kamunting, Bukit Jana, Batu 4, Kamunting, Taman Desa Jaya, SSL Hotel, Kem Tentera Jalan Kamunting Lama, Balai Polis Kamunting dan sekitarnya.

Menurut notis itu lagi, bekalan air turut terjejas di Taman Mewah, Taman Yayasan, Kamunting Industri, Evonsave, Latexx, Kg Rahmat, Kg Kurnia Jaya dan sekitarnya.

Lain-lain kawasan yang terjejas ialah Bomba Kamunting, Jalan Air Puteh, Taman Kamunting Aman, Tol Kamunting, Jeti Kelip-Kelip Kg Dew, Kg Setia, Taman Jebong, Taman Berkat, Kg Simpang Halt dan sekitarnya.

Pengguna yang terlibat dinasihatkan membuat persiapan awal dengan menyimpan air yang mencukupi.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol LAP 1-800-88-7788 atau LAP Careline 15353.