awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
21/12/2024
05:30 MYT
Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia
Statistik menunjukkan seramai 1,643 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 777 diklasifikasikan sebagai hilang. - Gambar/ Maritim Malaysia
PUTRAJAYA: Statistik Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan sebanyak 3,275 kes insiden di laut yang melibatkan 16,420 mangsa dalam tempoh 2006 hingga semalam.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata daripada jumlah itu 1,643 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 777 diklasifikasikan sebagai hilang.
Beliau berkata bagi tempoh dari Januari hingga Disember tahun ini pula, BCLBB merekodkan 216 kes insiden di laut membabitkan 1,253 mangsa, dan daripada jumlah itu 62 orang dilaporkan meninggal dunia, 26 orang dikategorikan sebagai hilang.
Berdasarkan statistik itu, beliau menasihatkan rakyat negara ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti laut sepanjang musim cuti sekolah dan sambutan Hari Natal pada hari Rabu ini.
"Mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu sentiasa memakai jaket keselamatan selain memastikan bot yang dinaiki berada dalam keadaan selamat memandangkan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun akibat Monsun Timur Laut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua pengendali bot penumpang untuk memastikan bot yang digunakan berada dalam keadaan baik serta menyediakan jaket keselamatan sebelum beroperasi selain tidak membawa penumpang melebihi kapasiti yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#SAR
#kes kemalangan di laut
#Mohd Rosli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan