PUTRAJAYA: Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan yang dirai pada Rabu.

Dianggarkan lebih 3,000 orang terdiri daripada penjawat awam antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan jabatan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia hadiri sambutan berkenaan.

Ini termasuk kakitangan daripada Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Mahkamah Perusahaan Malaysia dan lain-lain.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Astro AWANI

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Anwar dijangka menyampaikan amanat dan merasmikan sambutan Hari Pekerja tahun ini.