Sejumlah 42,451 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan dari tahun 2016 hingga Ogos tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kementerian itu menyebut daripada jumlah berkenaan, antara kes jenayah yang dicatatkan ialah curi dengan 12,647 kes, diikuti pecah rumah dan curi (11,862 kes) dan curi motosikal (4,822 kes).
"Namun, dengan usaha berterusan pihak Polis Diraja Malaysia, statistik jenayah indeks secara keseluruhan yang melibatkan warga asing menunjukkan penurunan iaitu dari 13,110 kes pada tahun 2016 kepada 11,441 kes pada tahun 2017 dan 10,751 pada tahun 2018," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen, pada Selasa.
Ia bagi menjawab soalan Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PAS-Kuala Terengganu) yang ingin tahu statistik jenayah dilakukan warga asing di Malaysia mengikut jenis-jenis jenayah.
Menurut KDN, operasi yang diadakan di tempat-tempat dikenal pasti sebagai sarang sindiket dari semasa ke semasa selain rondaan secara berjalan kaki, bermotosikal (Unit Rondaan Bermotosikal) dan berkereta (Mobile Patrol Vehicle) di kawasan tumpuan ramai berjaya memastikan warga asing tidak terlibat dalam jenayah.
"Ini termasuklah kehadiran anggota polis berpakaian uniform di kawasan-kawasan yang strategik secara langsung sebagai deterrent kepada penjenayah untuk tidak melakukan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019

Menurut KDN, antara kes jenayah yang dicatatkan ialah curi dengan 12,647 kes, diikuti pecah rumah dan curi (11,862 kes) dan curi motosikal (4,822 kes). - Gambar fail

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya terus daki ranking FIFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Muhyiddin selesai beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong luang masa santuni penduduk Sungkai
Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

KDN kaji kaedah kawal selia sesuai urus hal ehwal pesara polis - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji kaedah kawal selia yang sesuai bagi menguruskan hal ehwal pesara polis dan bekas polis.

KDN buka Baitul Mahabbah, pusat perlindungan sementara kanak-kanak warga asing
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuka penempatan sementara iaitu Baitul Mahabbah bagi kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di depot imigresen.

Tuduh KDN beri kerakyatan kepada warga China, Vietnam satu tohmahan dahsyat - Saifuddin
KDN sedang berusaha menyelesaikan isu berbangkit berkaitan permohonan kewarganegaraan Malaysia.

Iris pertikai KDN tamatkan kontrak imigresen sebagai 'tidak sah, menyalahi undang-undang'
IITS mempertikaikan penamatan seperti yang dinyatakan dalam notis dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya.

80 anak tahanan PATI dipindahkan dalam masa terdekat - Saifuddin
Seramai 80 anak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini menetap di depot imigresen bakal dipindahkan ke penempatan baharu.

Kalimah Allah: KDN terima input untuk penambahbaikan arahan pentadbiran
KDN memperolehi input dan cadangan dalam urusan penyediaan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan isu penggunaan kalimah 'Allah'.

KDN tamatkan kontrak NIISe kendalian Iris Corp berkuat kuasa serta-merta
IITS, yang dikontrak sebagai pemaju untuk sistem imigresen baharu itu, menerima notis daripada KDN bertarikh 10 Ogos 2023.

KDN warta perintah larangan penerbitan berkaitan LGBTQ pada koleksi, jam Swatch
KDN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini.

KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.