Lebih 50 peratus golongan remaja di negara ini didapati tidak aktif dan mengamalkan cara hidup sedentari (tidak sihat), kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Chong Chee Keong.
Beliau berkata kajian Adolescent Health Survey 2017 menunjukkan 81.2 peratus remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal.
"Majoriti anak muda kita tidak cukup melakukan aktiviti fizikal seperti mana disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 60 minit setiap hari.
"Tidak aktif dalam aktiviti fizikal adalah risiko utama penyakit tidak berjangkit seperti jantung, kanser dan diabetes yang menjadi antara faktor utama kematian di negara ini," katanya pada majlis penutupan Pertandingan Kecergasan Peringkat Kebangsaan 2018 di sebuah pusat membeli belah di sini, pada Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah (Survelan Penyakit) KKM, Dr Norhayati Rusli.
Menurut Dr Chong, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa tidak cukup aktif, 47.7 peratus rakyat berlebihan berat badan serta obes yang mana wanita didapati lebih obes berbanding lelaki.
"Amalan aktiviti fizikal adalah signifikan dengan faedah kepada kesihatan dan menyumbang kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit.
"Oleh itu, kerajaan melalui KKM memberi tumpuan kepada dasar, intervensi dan perkhidmatan kesihatan berkaitan aktiviti fizikal malah Malaysia, sebagai anggota WHO juga bersetuju mengurangkan 10 peratus ketidakaktifan dalam aktiviti fizikal menjelang 2025," katanya.
Sehubungan itu, kata Dr Chong, pertandingan kecergasan tersebut yang melibatkan pelbagai golongan termasuk remaja dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat sentiasa aktif seterusnya mencegah penyakit tidak berjangkit.
Pertandingan dimulakan sejak 2002 itu dengan objektif mempromosi aktiviti kecergasan secara meluas melalui pelbagai acara dan peringkat umur selain melahirkan pasukan kecergasan yang aktif dalam melatih aktiviti fizikal terhadap masyarakat.
Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negara terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa menyertai empat kategori yang dipertandingkan tahun ini - senamsihat, lompat tali (kanak-kanak dan remaja) serta Fitballrobik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 15 2018
Majoriti anak muda Malaysia tidak cukup melakukan aktiviti fizikal seperti mana disarankan WHO selama 60 minit setiap hari. - Gambar hiasan
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.
Ini lima perkara yang dinyatakan Dr Noor Hisham hari ini
Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi dengan 478 kes atau 37.5 peratus daripada kes keseluruhan.
Malaysia catat kes baharu tertinggi COVID-19, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Berikut adalah antara tumpuan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ahli PAS lebih 1 juta tetapi hanya 806,000 aktif - Takiyuddin
Keahlian Pas sebelum ini mencecah lebih satu juta, namun terdapat kira-kira 200,000 ahli yang tidak aktif.
COVID-19: Kes meningkat mendadak, Tokyo di tahap amaran tertinggi
Kumpulan pakar menjelaskan, situasi semasa jangkitan di bandar itu berada di peringkat tertinggi sistem.
"Kalau hamil lagi saya perlu banyak berehat" - Fasha Sandha
Doa yang baik-baik...
Kaji naikkan kadar geran Rukun Tetangga kepada RM10,000
Pihaknya difahamkan terdapat KRT yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk penduduk setempat, namun menghadapi kekurangan dana sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Dr Mahathir akui tidak aktif bersukan
Mengakui ia bercanggah dengan galakan sentiasa bersenam untuk kekal sihat dan cergas, Perdana Menteri secara berseloroh meminta rakyat Malaysia supaya tidak mencontohinya dalam perlakuan berkenaan.
Lebih 50 peratus remaja tidak aktif, amalkan cara hidup sedentari
Kajian Adolescent Health Survey 2017 menunjukkan 81.2 peratus remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal.
Gunung Agung meletus kembali, muntah batu berapi sejauh 2km
Gunung berapi aktif di Bali kembali meletus, memuntahkan lahar dan debu beberapa kilometer ke udara.