MALAYSIA
Lebih 536,000 tan metrik e-waste diproses premis berlesen sejak 2021 - JAS

Wan Abdul Latiff berkata, sekiranya e-waste tidak diurus dengan baik dan dibuang dengan sewenang-wenangnya ia boleh memberi implikasi terhadap kehidupan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan e-waste yang telah diproses oleh premis yang dilesenkan di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah sebanyak 536,709.04 tan metrik di dalam negara dari 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2025.
Ringkasan AI
- Sebanyak 536,709.04 tan metrik e-waste telah diproses oleh premis berlesen di bawah JAS dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2025, dengan amaran bahawa pengurusan tidak berhemah boleh menjejaskan kesihatan manusia.
- JAS telah memperluas kemudahan pemerolehan kembali e-waste berlesen dengan 128 fasiliti tersedia, serta memperkasakan kempen kesedaran awam dan penguatkuasaan melalui dua operasi khas yang menghasilkan 351 tindakan undang-undang.
- JAS menyeru masyarakat dan industri agar menguruskan e-waste secara mesra alam dengan menyalurkannya ke fasiliti sah bagi memastikan kelestarian alam sekitar.
Katanya, sehingga kini, negara telah mempunyai sebanyak 128ِ buahِ fasilitiِ kemudahanِ pemerolehanِ kembali.
Selain itu, pihaknya turut memperkasakan kempen kesedaran awam bagi menggalakkan pelupusan peralatan elektrik terpakai secara selamat.
"Ini termasuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap pengurusan e-waste tidak berlesen melalui dua ops hazard yang telah dijalankan dengan sebanyak 351 tindakan undang-undang telah diambil terhadap pelbagai pelanggaran perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi libat urus media JAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, beliau menyeru semua pihak, khususnya masyarakat dan pihak industri, untuk bertanggungjawab dalam menguruskan e-waste secara mesra alam dengan menyalurkannya ke fasiliti pemerolehan kembali yang sah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami