awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 700,000 pengunjung terima manfaat Program Jualan Rahmah MADANI di Terengganu

Bernama
Bernama
31/08/2025
20:30 MYT
Lebih 700,000 pengunjung terima manfaat Program Jualan Rahmah MADANI di Terengganu
Mohd Mufsi (dua, kiri) meninjau barangan keperluan pada PJRM sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di sebuah pasaraya pada Ahad. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 625 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang dilaksanakan di seluruh Terengganu dari 1 Jan hingga 27 Ogos lepas memberi manfaat kepada 762,375 pengunjung dari pelbagai peringkat.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu Mohd Mufsi Lat berkata ia melibatkan lima model pelaksanaan iaitu 266 PJRM dalam premis, PJRM bergerak (339 siri), PJRM terbuka (16 siri) serta masing-masing dua siri PJRM@ Kampus dan PJRM pasar.
"PJRM Terengganu berjaya mencatatkan rekod hasil jualan melebihi RM32 juta dari Januari hingga 27 Ogos.
"Maklum balas pengunjung meminta PJRM dilaksanakan secara berkala dengan lebih kerap kerana harga barangan jauh lebih murah membantu menjimatkan perbelanjaan mereka," katanya selepas merasmikan PJRM Merdeka di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.
Mohd Mufsi berkata sebanyak 31 PJRM Merdeka diadakan serentak di seluruh Terengganu hari ini.
Beliau berkata bagi Terengganu, peruntukan atau subsidi antara RM20,000 hingga RM70,000 disediakan bagi penganjuran satu siri PJRM Merdeka mengikut lokasi dan jumlah pengunjung.
"Untuk PJRM dalam premis, subsidi disalurkan sekitar RM30,000 manakala bagi PJRM terbuka antara RM50,000 ke RM70,000 dan RM20,000 bagi JPRM bergerak bagi satu siri penganjuran," katanya.
Mohd Mufsi berkata selain membantu mengurangkan beban sara hidup, penganjuran PJRM Merdeka dapat memperkukuh semangat kebersamaan dan patriotisme kerana dilaksanakan pada Hari Kebangsaan.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#kos sara hidup
#kpdn
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan