PENDANG: Lebih 7.36 juta rakyat Malaysia meliputi 35 peratus penduduk negara ini sudah mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sejak dilancarkan pada 2 Jan lalu sehingga semalam.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pihaknya optimis lebih ramai yang belum mendaftar atau mengemas kini data akan berbuat demikian dalam beberapa hari terakhir sebelum 31 Mac ini, berikutan tahap kesedaran yang semakin meningkat.
"Kita menjangkakan peningkatan yang ketara. Sehingga semalam, sebanyak 7.36 juta telah kemas kini, iaitu mencecah lebih 35 peratus daripada mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang kita anggarkan terdapat sekitar 20 juta rakyat Malaysia dalam kumpulan umur itu.
"Daripada 7.36 juta itu...menunjukkan bahawa data termasuk tanggungan bawah 18 tahun juga. Oleh itu, jumlah sebenar melebihi 10 juta jika kita mengambil kira semua tanggungan," katanya pada program Jelajah PADU Komuniti Siam di Kampung Tok Set, di sini hari ini.
Hampir 100 masyarakat Siam di kampung berkenaan berjaya melakukan pendaftaran PADU dengan dibantu kakitangan Jabatan Perangkaan (DOSM) yang memudahkan proses pendaftaran dan semakan.
Mohd Uzir berkata selain hebahan menerusi media massa dan media rasmi kerajaan serta di media sosial, pihaknya juga turun ke kawasan kampung-kampung bagi menerangkan kepada penduduk yang masih kurang jelas dan faham mengenai PADU.
"Apa pun kami telah menjangka dan bersedia untuk kemasukan besar-besaran ini. Sebagai contoh, semalam, kami merekodkan lebih 300,000 pendaftaran dalam sehari dan menjangkakan pendaftaran akan mencecah hingga 800,000," katanya.
Beliau berkata DOSM juga akan membuka lebih banyak kaunter fizikal bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendaftar agar tidak berlaku kesilapan.
Menyentuh pendaftaran PADU di Kedah, Uzir berkata statistik menunjukkan 33 peratus atau kira-kira 533,000 rakyat Kedah telah mendaftar dengan sistem itu.
"Sebanyak 41.8 peratus belia Kedah telah mendaftar dan tertinggi di Malaysia setakat ini, manakala kita lihat kira-kira 207,000 warga emas lebih 60 tahun turut mendaftar dengan PADU dan semua angka ini memberangsangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (tiga, kiri) beramah mesra dengan penduduk masyarakat Siam pada Program Jelajah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Kampung Tok Set, hari ini. - Foto Bernama
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.