awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 80,000 pelancong Malaysia kunjungi Thailand sejak Jumaat

Bernama
Bernama
19/12/2023
20:45 MYT
Lebih 80,000 pelancong Malaysia kunjungi Thailand sejak Jumaat
Mohd Ridzzuan berkata setakat ini sebanyak 78,301 pengembara keluar ke negara jiran itu melalui ICQS Bukit Kayu Hitam. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Lebih 80,000 pelancong negara ini mengambil peluang musim cuti sekolah untuk melawat dan bercuti ke Thailand dengan melalui dua pintu sempadan di negeri ini bermula Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata setakat ini sebanyak 78,301 pengembara keluar ke negara jiran itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Katanya, sebanyak 4,379 pengembara pula melalui ICQS Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap.
"Kesesakan luar biasa berlaku di ICQS Bukit Kayu Hitam sejak semalam. Kesesakan ini berlaku disebabkan orang awam ingin menghabiskan masa cuti bersama keluarga (di Thailand).
"Destinasi pilihan pengembara ini adalah Hatyai yang menjadi syurga makanan untuk pelancong dari Malaysia yang dikatakan murah dan sedap," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata JIM sentiasa bersedia menguruskan pengembara yang melalui pintu sempadan negara dengan membuka empat hingga enam kaunter kenderaan bergantung kepada kesesakan semasa.
Mohd Ridzzuan berkata kesesakan di pintu sempadan negara juga dijangka terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah ini dan cuti perayaan Krismas nanti.
"Justeru saya menasihatkan pengembara untuk merancang waktu perjalanan dan menyemak dokumen perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syurga makanan
#pintu sempadan
#cuti perayaan
#waktu perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan