awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
03/05/2022
02:39 MYT
Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 12,380 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015) dan dos penggalak (518). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,448 (98.8 peratus) sekurang-kuranya menerima satu dos vaksin.
Sebanyak 12,380 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,847 dos pertama, dos kedua (10,015) dan dos penggalak (518), menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325,128.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes dilaporkan di Selangor manakala masing-masing satu di Sarawak dan Perak.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#PICKids
#vaksin COVID-19
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan