awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak lampu hiasan sempena Tahun Baru Cina

Bernama
Bernama
03/02/2013
09:36 MYT
Lebih banyak lampu hiasan sempena Tahun Baru Cina
Beberapa kawasan tumpuan di bandaraya ini bakal diterangi dengan lebih banyak lampu hiasan bagi memeriahkan suasana orang ramai membeli-belah di waktu malam menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kawasan berkenaan termasuk di sekitar Bukit Bintang, Sungai Wang dan Jalan Petaling.
"Secara tradisi, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) memberi perhatian kepada festival yang melibatkan pelbagai kaum, terutama dalam aspek mengindahkan kawasan bandaraya pada waktu malam," katanya kepada pemberita selepas menutup acara konvoi berbasikal anjuran Gabungan Persatuan Penduduk Wangsa Maju di sini hari ini.
Beliau berkata secara kebetulan, Kuala Lumpur sedang menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke-39 yang segala hiasan, bendera dan banting yang telah digantung boleh dimanfaat untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai 500 peserta yang terdiri daripada penduduk dan pemimpin setempat menyertai aktiviti konvoi berbasikal sejauh 18 kilometer itu bagi menyampaikan mesej untuk menjaga kebersihan di samping merapatkan hubungan masyarakat di Wangsa Maju.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Phesal Talib
#Persatuan Penduduk Wangsa Maju
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan