KUALA LUMPUR: Kadar tambang baharu perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kini diselaraskan kepada RM7 bagi dua penumpang untuk setiap tempahan, iaitu seorang penumpang orang kurang upaya (OKU) serta pengiring, bermula 15 Julai ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) Muhammad Yazurin Sallij berkata kadar tambang baharu itu lebih murah dan berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup.
"Perkhidmatan Rapid Mobiliti yang kini berwajah baharu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR0 yang dijalankan oleh Rapid Bus.
"Dengan van yang telah diubah suai iaitu menggunakan lif hidraulik, kami akan pastikan golongan sasaran khususnya komuniti berkerusi roda dapat bergerak dengan lebih selesa seperti orang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rapid Mobiliti merupakan perkhidmatan pengangkutan eksklusif pintu-ke-pintu yang telah memulakan operasinya pada 2011 di Kuala Lumpur dan 2016 di Pulau Pinang.
Sebelum ini, Rapid Kuala Lumpur mengenakan caj RM5 untuk seorang penumpang bagi setiap perjalanan, manakala Rapid Pulau Pinang mengenakan kadar tetap RM6 dan diikuti RM0.20 untuk setiap 100 meter atau 21 saat.
Perkhidmatan itu meliputi kawasan Shah Alam, Kajang, Seri Kembangan, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang, Selayang, Kuala Lumpur bagi Lembah Klang manakala bagi penumpang di Pulau Pinang, Rapid Mobiliti ditawarkan untuk kawasan di bahagian pulau sahaja.
Muhammad Yazurin berkata penyelarasan baharu tambang perkhidmatan itu diharap memberi manfaat kepada penumpang sedia ada serta akan dapat menarik komuniti berkerusi roda untuk menikmati perkhidmatan tersebut pada masa akan datang.
Selaras dengan kadar tambang baharu itu, beliau turut memaklumkan Rapid Bus memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai dengan mengimbas kod QR (Quick Response) yang dipaparkan dalam kenderaan itu.
"Penumpang masih boleh membayar dengan tunai sekiranya mereka tidak mempunyai kemudahan kod QR tersebut," katanya.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan itu boleh layari laman media sosial Rapid KL @myrapid (Facebook) dan @myrapidkl (Instagram) atau Rapid Penang @rapidpgfans (Facebook) dan @myrapidpg (Instagram)
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Kadar tambang baharu itu lebih murah dan berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup. - Gambar/ Rapid KL
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Lebih murah, tambang baharu Rapid Mobiliti di KL, Pulau Pinang diselaras
Kadar tambang baharu perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kini diselaraskan kepada RM7 bagi dua penumpang untuk setiap tempahan.