awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih ramai pelajar Malaysia digalakkan sertai Asia's Kids Star 2025

Pia Ernadya
Pia Ernadya
19/07/2024
03:21 MYT
Lebih ramai pelajar Malaysia digalakkan sertai Asia's Kids Star 2025
Isaiah Jacob berkata, beliau akan berbincang dengan pihak penganjur agar lebih ramai pelajar Malaysia diberi sebuah platform untuk memaparkan pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi teknologi.
KUALA LUMPUR: Perbincangan untuk membuka ruang dan peluang kepada pelajar Malaysia melibatkan diri dalam program siri Antarabangsa 'Asia's Kids Star' tahun depan akan dipertimbangkan dalam masa terdekat.
Menurut Senator Isaiah Jacob, beliau akan berbincang dengan pihak penganjur agar lebih ramai pelajar Malaysia diberi sebuah platform untuk memaparkan pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi teknologi.
"Saya galakkan lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam program-program seperti ini. Saya akan berbincang dengan pihak penganjur mulai tahun depan dan menjemput lebih ramai pelajar kita mengambil bahagian," katanya selepas menghadiri program 'Asia's Kids Star' pada Khamis.
Tambahnya lagi, beliau juga berharap agar penganjuran program ini pada tahun yang akan datang akan disertai oleh lebih banyak negara.
"... acara ini lebih kepada sains dan inovasi di mana kita akan galakkan selepas ini daripada tiap-tiap negeri dan kita akan buat seperti pertandingan kebangsaan dan juga akan disertai oleh negara China, Singapura, Brunei, Indonesia pada tahun-tahun yang akan datang," katanya.
Acara Asia's Kid Star' ini adalah kerjasama syarikat Malaysia, N Q Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) dan syarikat China, Dou Kou International Media Co., Ltd, yang dianjurkan Bersama China Beijing Qianyu Culture Media Co., Ltd dan syarikat Malaysia, CIC Global Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Isaiah Jacob
#Asia Kids Star
#Sains
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan