SHAH ALAM: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Muhammad Faiz yang mengesahkan penyertaan dalam PKR semalam membayangkan perkara itu akan berlaku dengan lebih ketara menjelang pemilihan parti Bersatu yang dijangka berlangsung tahun ini.
"Saya boleh katakan pengisytiharan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari, Rabu lepas adalah bibit awal penghijrahan sokongan.
"Dengan pemilihan kepimpinan baharu Bersatu bakal diadakan kelak, saya yakin akan ada pihak yang banyak berjasa kepada parti bakal terpinggir oleh kerana permainan geng 'kartel'...mereka ini akan membentuk gelombang penolakan besar di semua peringkat terhadap Bersatu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Klang itu berkata beliau yakin penghijrahan itu akan bermula dari Selangor, melibatkan ahli yang berjawatan atau mereka yang mengasaskan penubuhan Bersatu di semua peringkat di negeri itu.
Berhubung keputusan menyertai PKR, Muhammad Faiz berkata pilihan itu tidaklah terlalu sukar mengambil kira kerjasama yang pernah beliau jalinkan dengan pimpinan dan akar umbi PKR, khususnya di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-14 ketika Bersatu berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata objektif penubuhan Bersatu juga tidak jauh berbeza dengan PKR, dengan kedua-duanya menentang golongan kleptokrat dan penyalahgunaan kuasa, sekali gus memudahkan beliau menerima pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari di Selangor.
Semalam Muhammad Faiz dalam catatan di Facebook berkongsi berita beliau dan bekas ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah, yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu Selangor diterima menyertai PKR, dan perkara itu diumumkan Amirudin pada majlis doa selamat dan sesi penerangan isu-isu semasa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Muhammad Faiz yang mengesahkan penyertaan dalam PKR semalam membayangkan perkara itu akan berlaku dengan lebih ketara menjelang pemilihan parti Bersatu yang dijangka berlangsung tahun ini. - Gambar FB Faiz Na'aman
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Fokus Minggu Depan: Era baharu kepimpinan Singapura
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.