KUALA LUMPUR: Lebih ramai rakyat Malaysia perlu melibatkan diri dalam industri tangkapan ikan tuna memandangkan bilangan rakyat negara ini yang terlibat dalam industri itu masih rendah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan itu.
"Projek ini amat besar dan boleh mendatangkan hasil pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakan termasuk pendapatan kepada negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
"Buat masa sekarang, kita hanya ada 11 vesel (yang terlibat), kita diberi kuota 74 oleh itu melalui ucapan saya ini, pihak yang ingin mengusahakan dengan modal yang besar boleh terlibat dalam tangkapan tuna ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai yang ingin tahu kuota vesel dan kejayaan serta penglibatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri berkenaan.
Beliau berkata Malaysia perlu menghantar laporan data berkenaan status sumber, pendaratan, bilangan vese kepada IOTC setiap tahun dan penglibatan yang sedikit itu mencetuskan kebimbangan kepada industri dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Mohamad berkata, buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh IOTC. - Gambar fail
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Lebih ramai rakyat Malaysia perlu terlibat dalam industri tangkapan tuna - Mohamad
Buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh IOTC.
Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan
Kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai.
MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
Kerajaan komited kurangkan pekerja asing dalam industri perikanan
Kerajaan memperuntuk RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana Jaminan Makanan untuk transformasi nelayan tradisi ke laut dalam.
Malaysia dan Indonesia sedia wujudkan kawasan pembangunan bersama perikanan
Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju untuk mewujudkan kawasan pembangunan bersama industri perikanan di kawasan pertindihan perairan kedua-dua negara.
500 lesen vesel kelas A berciri moden diwujudkan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peruntukkan tambahan 500 lesen vesel nelayan kelas A berteraskan konsep pemodenan