Lebih RM1 bilion aset 1MDB dipulangkan kepada Malaysia baru-baru ini - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha Kerajaan Malaysia memulihkan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan perkembangan positif apabila lebih RM1 bilion dana dipulangkan ke dalam negara baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Lebih RM1 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan ke Malaysia, menunjukkan perkembangan positif dalam usaha pemulihan aset berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Proses pemulangan dana 1MDB masih diteruskan di Switzerland dan London, United Kingdom oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan.
- Selain daripada 1MDB, kerajaan turut menumpukan usaha menangani penyelewengan dan jenayah telekomunikasi, e-kewangan, e-dagang, pinjaman serta pelaburan tidak wujud, serta penipuan cinta.
"Proses ini (mengembalikan wang negara) masih diteruskan di Switzerland, di London dan ada jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan...," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) berhubung jumlah terkini dana 1MDB yang telah dipulangkan kepada Malaysia.
Perdana Menteri berkata selain 1MDB, kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha menumpaskan penyelewengan serta sindiket jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud selain penipuan cinta.
Pada Oktober lepas, kerajaan dan 1MDB memaklumkan telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa perkembangan terkini dalam usaha pemulihan aset 1MDB yang disebutkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim? A: Lebih RM1 bilion dana telah dipulangkan ke dalam negara baru-baru ini.
- Q: Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk proses pemulihan aset dan dana 1MDB? A: Proses pemulihan aset dan dana 1MDB masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan, termasuk kes di Switzerland dan London, United Kingdom.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh kerajaan selain dari usaha memulihkan aset 1MDB? A: Selain daripada 1MDB, kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha menumpaskan penyelewengan serta sindiket jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud selain penipuan cinta.
- Q: Berapakah jumlah penyelesaian yang dicapai antara kerajaan dan institusi kewangan tertentu berkaitan dengan 1MDB? A: Pada Oktober lepas, kerajaan dan 1MDB telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs (AS$3.9 bilion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd (RM1.4 bilion).
- Q: Apakah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan dalam pemulihan aset 1MDB di peringkat akhir? A: Terdapat jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan dalam proses pemulihan aset 1MDB di Switzerland, London, dan negara lain.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

